test

test

Wednesday, April 16, 2008

Melayu & Perang Akhir Zaman - Bahagian 2

(untuk siri ini sy edit sumbernya melalui kenyataan saudara radzi sapiee@ selendangmerah @ merahsilu dari forum CVT, juga penulis buku siri Berpetualang ke Aceh)


Posted: 07 July 2006 at 6:13pm

Untuk Anscynchronous, eloklah kalau dah ada semangat untuk berjihad. Tetapi mengikut sabda Rasulullah SAW dan huraian orang lama, takkan menangnya kita walaupun memikul senjata moden paling canggih. Kalau nak cuba boleh tetapi sia-sia sahaja kerana Nabi dah kata umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tak boleh buat apa-apa. Lebih baik duduk beramal, jaga diri, keluarga, elakkan dari terpedaya dengan fitnah Dajjal lalu mengalah dengan suasana yang penuh huru-hara sehingga terpaksa menagih simpati musuh.

Teruskan istiqamah beramal, sucikan diri dan bertahan sehingga datang peristiwa di mana segala senjata moden, waima kuasa letrik sekali pun tidak boleh dipakai. Barulah stand-by kuda, bawa keluar balik keris dan pedang, baru lah berbaloi keluar perang.

Sekurang-kurang sebelum mati, dapat juga libas 10-20 orang. Ini tak, pakai pedang ke, machine gun, baru nak melangkah, laung Allahuakbar naik semangat tiba-tiba dah berkecai kena bom. Lebih bijak kita menilik kekurangan diri dan memperbaikinya untuk persediaan masa yang lebih memanfaatkan dan sesuai. Wassalam...


Posted: 07 July 2006 at 8:03pm

Jawaban kepada seorang forumer yang bertanya kesimpulan buku itu:
Tapi memandangkan engkau ni nama Firasat, cubalah firasatkan...

Banyak conclusion dalam buku "Berpetualang ke Aceh." Salah satunya nak memperbetulkan sejarah bangsa Melayu dan Tanah Melayu yang selama ini diolah Mat Saleh, ambik dari sudut orang-orang lama dan orang tua-tua Melayu pula... Nak faham balik apa itu Melayu, apa yang special sangat pasal bangsa Melayu...

Kenapa dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus-Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Johor Tun Sri Lanang ada menyebut Rasulullah SAW telah berwasiat mengenai sebuah kerajaan bernama Samudera, kerana di situ kelak akan muncul banyak wali Allah.

Siapa itu Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai? Kenapa baginda menerima barang pertabalan wasiat Nabi dari Mekah? Apa yang sebenarnya menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis? Kenapa angkatan laut Melaka yang mampu meronda dari utara Selat Melaka sampai menghampiri Jawa boleh "hilang" dalam peristiwa itu? Bagaimana Portugis boleh mengalahkan Melaka dengan beberapa buah biji kapal sahaja? Apakah yang sebenarnya berlaku?

Kenapa makam Sultan-sultan Melaka semua dah hilang? Tapi masih ada satu, dalam banyak-banyak tempat di Pagoh, Muar? Apakah yang sudah berlaku? Siapakah pewaris sebenar Melaka yang disisihkan?

Apakah kaitan keSultanan Melaka dengan Samudera-Pasai, kerajaan Perlak, Aceh sampai ke keSultanan Perak sekarang? Apakah pula kaitan mereka dengan Timur Tengah, pergolakan Sunni Syiah, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah? Bagaimana Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi boleh menjadi Raja-raja Melayu? Kenapa... Apa pula kena mengena dengan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani? Agaknya sebab itu Rasulullah SAW menyebut dari Samudera (bekas pusatnya terletak di Geudong, Lhoksuemawe, Aceh sekarang) akan muncul banyak wali?


Akhir kalam, apakah kena-mengena semua ini dengan Panji-panji Hitam dari Timur. Jika kita faham, maka tahulah kenapa ia akan datang dari Timur, kenapa banyak pihak cuba merosakkan Nusantara, baik Indonesia, lebih-lebih lagi Malaysia dengan cara halus mahupun kasar.

Gitulah ceritanya lebih kurang. Amacam... Firasatkanlah wahai Firasat... Moga kita semua semakin faham....


Posted: 08 July 2006 at 4:45pm

Jawaban kepada soalan bertanyakan apakah anak cucu Saidina Hussein turut berperanan juga:
A'kum Belagak. Setiap Ahlu Bait Rasulullah SAW yang masih ada nur dalam hati (yang tak kena penyakit Abu Lahab) akan memainkan peranan dalam Akhir Zaman, baik keturunan Saidina Hassan mahupun Hussin.

Tetapi barisan mestilah diatur dengan IKHLAS, mengikut peranan yang telah dijanjikan perseorangan setiap roh (bukan perjanjian umum Alastubirabbikum) dengan Allah semasa di alam Lahut. Tidak boleh seorang yang ditakdirkan memainkan peranan Captain mengaku General pasukan... Masing-masing ada tempat yang sesuai mengikut kemampuan yang akan diisyaratkan secara IKHLAS ke hati nurani yang terdalam.

Macam ni lah... Bayangkan seorang raja yang betul-betul berdaulat, yang sudah fana' kemudian baqa' dalam peranan khalifah negerinya yang bersifat zilullah fil'alam.

Sekarang bayangkan, raja ini ada empat bini dan entah berapa orang gundik. Katakan dia ada 20 orang anak lelaki... Maka setiap anak boleh membuktikan dia adalah anak raja yang berdaulat. Tetapi adakah ini bermakna setiap anak layak menjadi pengganti dan raja yang benar-benar zilullah fil'alam? Tentu tidak... Cuma seorang sahaja yang layak. Dan raja yang bernar-benar zilullah fil'alam dapat mengenali anak yang paling layak... Kerana mengikut syarat-syarat yang dikemukakan dalam kitab-kitab lama, seorang raja mestilah SEKURANG_KURANGNYA memiliki ilmu firasat, jenis yang tidak boleh diajar atau belajar tetapi melalui kelebihan zat berdaulat yang sentiasa hidup dengan zikir daim yang mengalir di dalam tubuhnya.

Tetapi masalahnya, selalu terjadi di mana setiap 20 orang anak itu mengaku dia lah orang paling layak menjadi raja. Sekarang bayangkan jika tiap-tiap 20 orang anak itu masing-masing memiliki 20 orang anak. Maka raja yang berdaulat itu telah memiliki 400 orang cucu yang masing-masing sahih berketurunan seorang raja yang telah mencapai martabat pemerintahan zilullah fil'alam. Tetapi lagi sekali cuma satu dari 400 yang benar-benar mewarisi zat berdaulat tertinggi datuknya. Yang lain jatuh sikit, mungkin layak menjadi raja dalam wilayah jajahan takluk datuknya atau raja bendahara, temenggung dan sebagainya.

Fahamilah ini...
Sekali lagi, sering terjadi anak-anak gila kuasa yang mahu menjadi raja kerana mahu menjadi orang paling berkuasa yang disembah dan ditakuti, lupa bahawa seorang raja bertanggungjawab untuk menaungi rakyat dan negara melalui limpahan daulat yang mengalir dari peribadi dan tubuh-badannya. Maka dalam kes ini, selalunya anak raja pewaris yang benar-benar berdaulat seringkali mengalah kerana kelembutan hati bertunjangkan Tasawuf serta sifat kasih-sayang kemanusiaan yang tidak rela rakyatnya mati sengsara bertumpah-darah kerana masalah takhta semata-mata.

Maka beliau dengan rela menyerahkan takhta kepada adinda, asalkan rakyat bahagia, negara terpelihara itu sahaja. Seringkali dalam hal ini, pewaris sebenar akan meninggalkan istana dan tanah-airnya untuk menjalani kehidupan zuhud dan mendekat diri kepada Allah... Fahamilah ini... Maka zuriat yang berdaulat masih hidup tetapi seringkali tersembunyi di kalangan rakyat kebanyakan, sedia melupakan istana buat selama-lamanya, bangkit cuma apabila kezaliman berleluasa terlalu teruk sehingga tidak dapat ditangani pihak-pihak yang sepatutnya memikul amanah keluarga.

Berbalik kepada persoalan saudara Belagak, tentang peranan keturunan Saidina Husin. Ini sudah tidak perlu diperbesar-besarkan lagi kerana sangat nyata. Banyak keturunan Saidina Husin boleh di trace melalui gelaran Sayyid, Sharifah, (tolak Sayid malam Jumaat dan Sharifah celup), Wan, Nik, Tuan, Engku juga ada yang berkahwin dengan puteri istana dan memakai gelaran Raja. Malah kebanyakan buku tentang Ahlul Bait juga sejarah kedatangan Islam menyerlahkan peranan jurai Saidina Hussin terutama Ba'Alawi dari Hadramaut sebagai peneraju utama syiar Islam di bumi Timur ini. Jadi ini tidak ada masalah, memang terang peranan mereka.

Masalahnya keturunan Saidinan Hussin terlalu diperbesarkan dan ini boleh merosakkan aturan saf perjuangan akhir zaman... Orang lupa tentang keturunan Saidina Hassan yang berada di Nusantara, keturunan cucu SULUNG Rasulullah SAW, dari satu-satunya darah-daging Rasulullah SAW yang pernah menjadi Khalifah seluruh umat Islam (selepas kebangkitan Saidina Ali), cucu Nabi yang mewarisi KEMULIAAN baginda dan RUPA-PARAS baginda, sedangkan Saidina Husin mewarisi KEBERANIAN dan KEMULIAAN, lebih dekat kepada rupa-paras dan perwatakan Saidina Ali.

Sekali lagi diingatkan, Captain janganlah mengaku General...

Ingat cerita Sang Nila Utama yang membuka Singapura?Baginda ada dua orang anak, yang tua menggantinya sebagai raja, begitu juga keturunannya dan yang muda menjadi BENDAHARA, begitu juga keturunannya. Apabila raja tiada waris, baru Bendahara boleh menjadi Raja. Tetapi selagi titisan zuriat raja ada, maka dia lebih utama memegang takhta daripada mana-mana zuriat Bendahara.

Pada mereka yang tahu, itulah perbezaan peranan keturunan Saidina Hassan berbanding Saidina Hussein. Maka ini perlu diterangkan supaya saf perjuangan tidak akan BERTERABUR nanti...

Seperti disebut awal tadi, cerita Ahlul Bait dari belah Saidina Husin memang selalu telah diwar-warkan. Jadi tidak perlu dipanjangkan. Sedangkan zuriat Saidina Hassan seolah-olah tidak wujud di Nusantara ini kerana banyak cerita telah digelap atas pelbagai sebab, salah-satu kerana perebutan takhta di mana keturunan yang lebih layak telah terbuang untuk memastikan mereka tidak akan dapat naik lagi, sejarah diubah... Lagi satu digelapkan kerana niat baik, untuk protect identiti mereka kerana ... Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Al-Mansur dan ramai peneraju utama panji-panji Hitam mempunyai nasab bapak bin bapak bin bapak sampai ke Saidina Hassan. Kalau tak mesti Zionis dah trace n wipe out family dia, itupun nasib baik ada pemeliharaan dari Allah SWT kerana amanah yang bakal dipikul mereka. Apapun, mereka juga ada darah Saidina Hussin, dari sebelah ibu.

Untuk pengetahuan, anak Saidina Hassan yang dikenali sebagai Hassan al-Muthana adalah anak-cucu Nabi yang pertama sekali menemukan balik dua cabang, melalui perkahwinannya dengan seorang sepupu, anak Saidina Hussein. Salah seorang anak yang terhasil bernama Abdullah, dikenali sebagai Abdullah al-Kamil juga Sheikh Banu Hasyim kerana memiliki keturunan yang ramai.

Salah seorang anak Abdullah bernama Muhammad, juga dikenali sebagai Muhammad Nafs al Zakiyah (Nafas Suci). Oleh kerana namanya adalah Muhammad bin Abdullah, serupa seperti nama Imam Mahdi yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW, beliau telah dianggap sebagai Imam Mahdi pada zamannya (sekitar tahun 750an Masihi gitu). Lalu namanya telah digunakan untuk memimpin satu pergerakan besar untuk menjatuhkan pemerintahan keKhalifahan Bani Umaiyah yang zalim terutama terhadap anak cucu Nabi dan jatuhlah mereka. Kemudian terdirilah Daulah Abbasiyah sedangkan ini terjadi kerana nama Muhammad bin Abdullah telah digunakan di mana beliau telah menerima bai'ah untuk menjadi khalifah umat Islam yang baru oleh para penyokokngnya termasuk orang-orang Bani Abbasiyah. Tetapi beliau dikhianati, dan ahli keluarga beliau dibunuh.

Kajilah... Ini bukan cerita Syiah... Memang ada dalam sejarah, direkod oleh ulamak tertentu tetapi digelapkan banyak pihak terutama Bani Abbasiyah malah Syiah - kerana terlalu memperbesar-besarkan peranan dan perjuangan anak cucu Saidina Hussin.

Kalau ikut cerita Syiah, tak mahu di sebutnya perjuangan Muhammad Nafs al Zakiyah ni. Tapi yang diperbesar-besarkan adalah Imam Ja'afar al-Sadiq dari keturunan Saidina Hussein juga anaknya Muhammad bin Ja'afar yang pernah memberontak melawan Bani Abbasiyah kemudian mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Madinah. Kemudian lari mengikut rombongan Nakhoda Khalifah yang mengandungi 100 orang pendakwah ke Aceh (sebelum ada nama Aceh) pada tahun 804 Masihi.

Seorang anak tua Ja'afar al-Sadiq disokong orang-orang tertentu yang menerbit golongan Syiah Ismailiyah. Golongan inilah yang berjaya menerbitkan Daulah Fatimiyah di Mesir sekitar tahun 900 Masihi. Anak Ja'afar lagi seorang, Musa al Khazim pula diangkat pengikut Syiah Ithnat Assyaariah (pengikut Imam 12) sebagai Imam maksum seterusnya. Lalu cicit Musa, Muhammad bin Hassan al-Askari dianggap sebagai Imam Mahdi, tetapi kononnya dighaibkan sampai akhir zaman.

Berbalik pada zuriat Saidina Hassan. Salah seorang adik-beranak Muhammad bin Abdullah Nafs al- Zakiyah dikenali sebagai Imam Musa al-Jaun. Dari beliaulah turun satu cabang yang menjadi Sharif-sharif atau Raja Mekah (memerintah Mekah, Madinah dan wilayah Hijaz selama 800 tahun sebelum digulingkan keluarga Saud yang menggunakan fahaman Wahabi untuk menuduh anak-cucu Nabi tahyul dan khurafat, dengan sokongan British dan Zionis). Lagi satu cabang sampai ke Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.

Ini lagi satu kes pertemuan darah kembali dua cabang Rasulullah SAW kerana bapa Sheikh Abdul Qadir berketurunan Saidina Hassan sementara ibunyna Umi Khair berketurunan Saidina Hussein... Faham-faham ajelah power zat yang mengalir dalam tubuh-badannya. Sebab itu jadi raja segala wali.

Sultan-sultan Brunei pula berasal daripada Sharif Ali, Raja Mekah yang melarikan diri kerana perang saudara merebut takhta. So ada kena-mengena...

Sekian buat masa ini. Kita bertemu di masa dan hari yang lain, insyaallah


Posted: 09 July 2006 at 1:56pm

Respons kepada forumer yang meminta supaya dipanjangkan lagi cerita:
As for soalan Master C-Fu, macamana boleh hilang tenaga letrik. Susah nak jawab. Kalau ikut hakikat, kun fayakun je... Tapi kalau nak dihuraikan secara saintifik, tenaga letrik boleh hilang fungsi apabila terkena ledakan gelombang ElectroMagnetic Pulse atau EMP.

Macam dalam cerita Matrix le, bila robot-robot sotong yang menakutkan itu menghampiri kapal NEO. Satu-satu caranya untuk mengalahkan mereka serentak pada saat genting adalah menekan butang yang melepaskan gelombang EMP. Tapi habis black-out kawasan yang terlibat termasuk sekecil-kecil alat yang menggunakan tenaga letrik. Sebab itu Neo dan rakan-rakan perlu dikeluarkan dari Matrix terlebih dahulu sebelum EMP diletuskan. Kalau tak dia pun kojol bersama robot sotong (Hmm... panggil robot rastafarian pun boleh kot? Atau robot Bob Marley?) Teknologi ini sudah wujud lebih 10 tahun, lebih advance lagi yang ada dalam simpanan military US. Boleh digunakan untuk membuat seluruh bandaraya besar black-out...

Letupan bom nuklear pun menghasilkan gelombang EMP. Tapi bom nuklear turut memusnahkan hidupan dan infrastructure... Apapun kemungkinan tenaga letrik hilang kerana perang nuklear memang wujud. Lagipun ia juga boleh memusnahkan pencawang letrik sekali.
Tetapi ada yang percaya, kehilangan tenaga eletrik di bumi pada akhir zaman nanti bukan disebabkan oleh apa-apa perbuatan manusia tetapi kuasa Tuhan melalui fenomena alam. Melalui activity sun-spot (titik-titik hitam di matahari) yang boleh menyebabkan hamburan keluar lidah api yang boleh menjulur keluar jauh dari matahari di samping menghasilkan gelombang EMP yang mampu menyelubungi seterusnya memblack-out seluruh bumi!

Apapun, kan lebih senang terima kemungkinan letrik akan hilang lalu kita tak boleh menonton tv dan enjoy light-show disco lagi... Bersedialah untuk hidup dengan cara orang-orang lama lalu keluar berperang berkuda, berkeris, berpedang dan sebagainya... Bukankah itu lebih Rock? Yeehahh... Allahuakbar!


Posted: 09 July 2006 at 11:06pm

Sedikit sedutan dari bab akhir dalam buku "Berpetualang ke Aceh" karangan Radzi Sapiee, bab bertajuk "Penutup: Sampai bila berpetualang?". Sekadar untuk renungan...

Lebih empat tahun kemudian, baru Rasyid tergerak kembali untuk menyambung usaha itu, selepas meninggalkan kerjaya sebagai wartawan penghujung tahun 2001. Ketika itu, dia terasa begitu bersemangat untuk bercerita tentang komplot Zionis Yahudi untuk menerbitkan Perang Dunia keTiga, selepas mengenali apa itu Illuminati dan Protocols of the Elders of Zion.

Peristiwa 11 September yang menyaksikan menara berkembar World Trade Centre di New York hancur menyembah bumi selepas dilanggar dua buah pesawat terbang komersial terus mengapi-apikan semangat itu. Pemuda ini dapat merasakan segala yang berlaku adalah tipu helah Yahudi untuk mengalihkan perhatian dunia daripada masalah pendudukan Israel di Palestin, disokong pula pihak-pihak tertentu dalam kerajaan Amerika demi meraih simpati serta sokongan penuh rakyat untuk melancarkan perang secara besar-besaran terhadap umat Islam. Di samping itu, ia juga berjaya menyatu-padukan ahli-ahli Dewan Senat dan Dewan Kongress Amerika yang pernah berpecah dua kerana sokongan sama banyak terhadap Presiden Bush dan lawannya Al Gore dalam pilihanraya sebelumnya. Tentu ada dalang yang mendapat keuntungan besar daripada peristiwa ini...

Tetapi penulisan ini juga tersangkut kerana masalah-masalah tertentu. Mungkin kerana nawaitu Rasyid masih belum lurus? Masih ada nafsu untuk meraih pengaruh dan kekuasaan melalui penulisan? Masih lagi mahu disegani ramai kerana kehendak nafsu amarah, suka disanjung dan dipuji? Lalu dia melupakan langsung hasrat untuk menulis buku, sehinggalah pemuda ini sampai ke Aceh, Januari 2004... Setelah tercetus satu perbualan dengan seorang tua mengenai sejarah lama bumi Serambi Mekah.



Posted: 10 July 2006 at 8:15pm


Respons kepada seorang forumer yang mempertikaikan kenyataan saya mengaitkan agama Hindu dengan Syariat Nabi Ibrahim yang telah diselewengkan: Hmm... Main kupasan kiasan ye saudara... Nak ambik gitu boleh jugak... Tapi takut lari daripada maksud yang sudah nyata di depan mata.

Memang bahasa-bahasa dahulu ada unsur Hindi (bukan Hindu ya)... Di sini kita kena betul kerana Hindi adalah satu kawasan, benua Hindi sedangkan Hindu - kaji sedalam-dalamnya - adalah satu gelaran serkap jarang yang diberi British terhadap berbagai jenis agama yang dilihat mereka dipratikkan di Hindi, sekitar abad ke 18 gitu...

Bacalah kitab-kitab lama Melayu... Takde pun perkataan Hindu. Yang ada, orang-orang sebelum kedatangan Islam syariat Nabi Muhammad pun telah menganut ISLAM, tetapi di atas SYARIAT NABI IBRAHIM KHALILULLAH...

Maka itu apabila Iskandar Zulkarnain berjaya mengalahkan Raja Hindi, disuruh mengucap masuk agama ISLAM SYARIAT NABI IBRAHIM... Mengucap :

Asyahaduallah ilaha illallah wa asya duanna Ibrahimu khalilullah...

Disaksikan Nabi Allah Khidir AS... Peristiwa ini berlaku sekurang-kurang 300 tahun sebelum Nabi Isa lahir bergantung pada mana yang kita nak terima, adakah Iskandar Zulkarnain itu Alexander the Great dari Macedonia (hidup dalam tahun 330an gitu sebelum Masihi) atau Cyrus the Great dari Parsi (sekitar 550an SM) yang melebarkan empayar purba Achamenied.

Tentang apakah maksud Samudera, kalau ikut kitab Hikayat Raja-raja Pasai, maksudnya Semut Besar... Ceritanya terang dan sampai sekarang ada tempat bernama kecamatan (daerah) Samudera di Aceh.

Tentang kenapa banyak wali akan muncul dari situ, ini kena kaji perjalanan keturunan Nabi, para Ahlul Bait yang berdaulat dari Timur Tengah sampai ke bumi Serambi Mekah...

Kat Aceh ni lah port banyak anak cucu Nabi masuk ke Nusantara sebelum bertebaran ke merata tempat menyebarkan dakwah... Tengok lah peta... pakai common sense... Takkan dari Tanah Arab (tak kiralah dari Hadramaut Yaman ke Baghdad ke) nak belayar pegi AUstralia atau Filipina kmudian baru masuk Malaysia?

Kajilah... Kecuali Sunan Kalijogo, semua Wali Songo adalah keturunan Arab yang boleh dibuktikan bapa bin bapak bin bapak nya adalah dari keturunan anak cucu Nabi yang pernah menetap dan bertapak di Samudera ataupun Samudera Pasai sebelum gi Jawa...
Tahu cita Wali Tujuh seperti Syed Jamaluddin Kubro dan saudara-saudranya yang datang lebih dulu ke Tanah Melayu? Tahu siapa itu Syed Thanauddin (atau Sheikh Saman, juga dikenali sebagai Adi Putera, guru Hang Tuah)?

Kajilah... Jangan bercakap ikut sedap buat teori... Biarlah ada ilmu yang disokong penelitian warid dan khatir seperti dihuraikan dalam kitab Al-Hikam karangan Sheikh Iskandar Ato'ilah. Sekurang-kurangnya istikharah dan tahkik balik pengetehuan dengan orang-orang lama (pandai-pandai le ko cari orang yang jenis mati hidup semula, mati hidup semula ni)....

Biasakan tilik diri sendiri sebelum berkata-kata dan menzahirkan sesuatu ilmu (atau pendapat dan sangka-sangka). Walau betul pun sekali ilmu itu, tilik lagi kenapa mesti berkata-kata... Untuk mencari kebenaran atau untuk memandai-mandai? A'kum....


Posted: 12 July 2006 at 9:45pm

Seorang forumer menyatakan apa yang perlu disibukkan mengenai perang akhir zaman sedangkan kematian seseorang itu sendiri adalah kiamat kecil, maka saya menjawab:
Hmm... Kiamat kecil vs kiamat beso.

Apapun, biarlah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bukan aku je yang tak sabo nak tunggu perang... Zionis pun tak sabo malah depa sekarang dok api orang sana-sini, Iran, North Korea, Palestin... Kat Malaysia ni pun ada... Kalau kita peka perkembangan politik sekarang dan apa yang tersirat di sebaliknya...

Sebab program Zionis yang dirangka 100 tahun dulu oleh General Pike memang memerlukan Perang Dunia Ketiga untuk menjamin kemenangan dan pemerintahan MUTLAK "bangsa terpilih" ini terhadap segala isi muka-bumi... Jadi jangan haraplah diaorang nak tunggu 10 atau 20 tahun lagi...

Attack kat Iran yang patut berlaku dua bulan besar pun dah lari program... Ni tengah cucuk tempat lain pulak tapi akan balik ke Iran juga... Kalau boleh mereka nak perang ni berlaku dalam setahun dua ni... Itupun paling lambat. Selama mana kita boleh lengahkan dengan usaha-usaha diplomatik dan doa para wali?

Wali-wali pun dah boring nak doa delay perang sebab selagi tak berlaku perang, selagi itu lah banyak orang lupa diri kumpul harta, johget riang ria citrawarna horey-horey, jual agama, bangsa dan negara untuk merperkayakan diri lepas tu berlakon macam pejuang bangsa paling prihatin terhadap nasib masyarakat dan umat Melayu Islam.

Sesekali jengoklah Protocols of the Elders of Zion, juga kaji dan tengok manifesto Zionis sejak pertubuhan rasmi mereka ditubuhkan tahun 1897 di bawah kepimpinan Theodore Hertzl di Basel, Switzerland...

Tengok, apa program Freemason dan Illuminati seterusnya.

Bacalah yang tersirat kenapa buku Da Vinci Code cukup top, sampai jadi wayang, sampai dah jual lebih 40 juta kopi diterjemahkan dalam lebih 40 bahasa.... Siapa yang support penjualan buku ni, network siapa, untuk siapa?

Apakah yang sebenarnya diwar-warkan Da Vinci Code? Kenapa promosi Da Vinci Code kat kedai-kedai besar cam Books Kinokuniya disertai tajuk-tajuk seperti Knights Templar dan Judas Gospel? Apakah yang cuba dipromote mereka sebagai persediaan untuk menerbitkan the New World Order yang akan diperintah oleh SATU kepala yang berpusat di Jerusalem?

Sedihlah banyak orang masih tak nampak permainan tangan-tangan cemar ini.... Perang yang diaorang nak push ni bukan setakat ekonomi, spiritual atau penaklukan budaya... Yang lain-lain tu cuma mukadimah saja untuk penaklukan tentera secara total.

Bukalah minda dan mata hati kita.A'kum...


Posted: 13 July 2006 at 7:18pm
.

Benar saudara Aladin kata-kata Laksamana Hang Tuah: "Tak Melayu hilang di dunia". Benar sungguh jika kita tahu siapakah sebenarnya Hang Tuah (sorry yang ni tak leh cita, so jangan tanya, marah orang lama), dan siapa sebenarnya Melayu.Kalau kita tak faham makna besar Melayu, jadilah macam kat Johor ada perkuburan orang Melayu, ada pulak perkuburan Arab...

Sedangkan dalam takrif Melayu mendalam seperti yang diketahui orang-orang Melayu lama, orang-orang Arab ni (termasuk le Syed Sharifah kat Wadi Hussein, Wadi Hassan, Wadi Hana) tu pun Melayu! Tapi tu le Mat Saleh, pandai mengadu-domba. Dan kita pulak tak dan kaji makna sebenar bangsa Melayu iaitu persatuan bangsa-bangsa bersatu yang menganut Islam, duduk di Tanah Melayu, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu (check lah... Dalam perlembagaan Malaysia pun takrifnya macam tu)...Tu sebab orang Melayu ni ada muka Cina, muka India, Mat Saleh, macam-macam... (tengok posting saya dalam thread bertajuk Di manakah kekuatan Bangsa Melayu - Cerita Dongeng, Lagenda...) Kalau kita faham, maka benarlah kata-kata Hang Tuah itu... Kalau tak faham tu yang keturunan Syed kat JB kadang-kadang kutuk: Apa le orang Melayu ni malas, bodoh... Melayu pulak kutuk: Bodoh punya Arab, bahlol unta...Padahal sama-sama Melayu... Sampai bile le kita ni nak kena kencing dengan Mat Saleh?


Posted: 15 July 2006 at 4:22pm

Kata sesetengah orang, guru Hang Tuah yang bernama Adi Putra itu adalah seorang Wali Allah yang bernama Syed Thanauddin juga dikenali sebagi Syed Saman. Beliau adalah satu daripada wali tujuh lama anak cucu Nabi yang datang ke Nusantara dalam tahun 1350an Masihi gitu diketuai Sayyid Jamaluddin Kubra, datuk kepada Wali Songo, juga datuk kepada Syed Nurul Alam yang disebut sesetengah pihak sebagai nama sebenar Patih Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit.

Dari keturunan Syed Nurul Alam (juga dikenali sebagai Sultan Qumbul) jadi pula Raja-raja Patani dan Kelantan.

Untuk saudara penyapu, saya kurang dengar le pasal Syed Abdullah di Melaka ni... Ada details tak? Kat mana makamnya, agak-agak meninggal tahun berapa?

Oh... Alang-alang bercerita pasal makam ni, saya nak war-warkan lah. Kat Kampung Ketek (dulu dikenali sebagai Kampung Pali), tak jauh belakang Masjid Kampung Hulu yang berdekatan bus-stand lama bandar Melaka ada makam seorang wali Allah terkenal dari Aceh iaitu Sheikh Shamsuddin Sumatrani @ Shamsuddin Pasai.

Beliau adalah anak murid Sheikh Hamzah Fansuri (ingat Kias Fansuri?) dan seorang khalifah tariqat Qadiriyah yang menjadi guru kepada Sultan Aceh yang sangat terkenal, Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636) yang pernah menakluki hampir seluruh Nusantara. Sheikh Shamsuddin juga ada Qadi Malikul Adil Aceh (jawatan ulamak tertinggi) zaman itu selain seorang pahlawan jihad.

Beliau dipercayai mangkat dalam perang Aceh-Portugis di Melaka tahun 1629 di mana Aceh nyaris-nyaris merampas balik Melaka jika tidak kerana;

1. Pergaduhan antara Perdana Menteri dan Laksamana Aceh tentang pergerakan dan strategi tentera.
2. Perdana Menteri silap strategi (dengar cite dia ikut cakap penasihat Belanda) lalu meletakkan armada laut Aceh yang sebanyak 300 kapal dan 20,000 tentera di kuala Sungai Pongor sehingga tersepit nanti.
3. Portugis yang terkepung hampir dua tahun (semua port diaorang dah kena tawan kecuali A Famosa iaitu Bukit St. Paul) mendapat bantuan MELAYU, terutama askar-askar Pahang dan Johor yang telah dihasut membenci orang Aceh.

Begitu le cite nya... Wassalam


Posted: 16 July 2006 at 9:23pm

A'kum kawan-kawan. Dah baca latest news pasal Israel attack Lebanon? Diaorang yang bunuh orang-orang Lebanon sampai kat 150 mati tapi masih boleh marahkan Hizbollah lagi... Marah sangat Hizbollah boleh balas ngan missile yang ada range 100 km sampai boleh pukul salah sebuah kapal perang depa. Pada hal diaorang yang kurang ajar pi blockade land, sea n air orang... Itupun kena missile baru 4 orang sailor diaorang missing, baru je jumpa satu mayat sedangkan budak-budak Lebanon banyak confirm dah mati... Akai ada ka?

La ni diaorang dok kata Hizbollah dapat bantuan ketenteraan Iran, sebab tu dah ada missile yang range 100 sampai 200km, dah boleh attack sampai Haifa kat Israel. Dulu Hizbollah setakat boleh ataack range maximum 50km. Dah diaorang nak kaitkan Iran lagi supply alatan canggih kat pengganas. Sampai boleh sebut "it's a case of a terrorist state (Iran) helping another terrorist state (Lebanon)"... Sedap betul mulut diaorang nak kata semua negara Islam pengganas. Syria pun diaorang dah dok cari alasan nak kaitkan support Hizbollah. Tu yang dua hari lepas Israel bom highway dari Lebanon ke Syria nak putuskan land transport route...

Agak-agaknya what's next yek? Adakah akan ada lagi "perundingan damai"? Pi rah... Rasulullah SAW dah lama bagitahu, dengan Yahudi ni takkan ada perdamaian. Yang ada "perdamaian" kejap untuk kaburi mata dunia, sambil tu diaorang pun position le army diaorang kat tempat-tempat strategik. Bila sampai masa, nampak le taring dia balik... Ini bangsa, Nabi-nabi sendir pun diaorang boleh torture n bunuh, inikan lagi orang lain, goyim - lebih rendah dari anjing.

Kita semua ni bila nak nampak apa sebenarnyayang berlaku di dunia ini di sebalik leka-leka citrawarna dan Akademi Fantasia? Ish... Geramnya aku... Bila le nak sampai waktu, kuda dan pedang berguna balik dalam perang besar-besaran....


Posted: 18 July 2006 at 12:11am

Forumers sedang berbincang tentang perang Israel-Hizbollah di Lebanon. Ada yang menyatakan kali ini susah Israel nak menang. Saya pula takut kalau Israel cepat menang:
Hmm... Itu yang risau tu.

Ingat lagi Six-Day War (Perang Enam Hari), rasanya dalam tahun 1967 di mana negara-negara Arab dok luku Israel tapi lepas tu berjaya dikalahkan dek Yahudi?... Itu yang tak kuasa nak dengar tu. Satu negara kecik yang baru ditubuhkan tahun 1948 boleh luku jiran-jiran Arab yang jauh lebih besar kat sekeliling dia, sempat pulak conquer Semenanjung Sinai.

Tapi la ni, Iran punya teknologi boleh tahan canggih, ada system missle yang Patriot dan radar buatan Amerika tak leh kesan. Jadi lawan kali ini bukan sebarang... Dia ada network lak supply senjata canggih kat Hizbollah di Lebanon dan Syria. Dan ada kemungkinan Peranchis dan Russia tak sokong Israel. Kemungkinan je le, aku takut diaorang main wayang sebab Odessa di Russia pernah jadi port besar Yahudi sebelum Perang Dunia I, begitu jugak Peranchis (sebab tu buku Da Vinci Code banyak cite pasal Museum Louvre di Paris)

Apapun, aku rasa kalau le Iran terlibat sama, akan jadi ulangan perang dahulu zaman berzaman iaitu Rom lawan Parsi. Kalau jadi yang ni, boleh panjang cerita ni... Silap-silap India pun perang ngan Pakistan.

Lepas tu, lepas tu stand-by le kita yang kat sini, buatlah apa-apa yang patut untuk menghadapi zaman mendatang... Rasanya tak payah lagi le nak fikir tahun 2020 nanti nak hantar anak engko kat sekolah mana... Silap-silap time tu semua orang cari port selamat kat hutan, mungkin kat Janda Baik, Pahang?


Posted: 26 July 2006 at 10:08pm

Forumers berbincang mengenai betapa banyaknya “keperluan” sekarang dikuasai Yahudi, maka kata saya:
Adoi... Camana le kita nak kalahkan Zionis ni? Dah le duit kita nak dah banyak tabur kat diaorang, bukan Hard Rock Cafe, Starbucks n etc aje... Habis Kentucky, McDonald tu apa? Yang kita simpan duit dalam bank tu, interest ke, yuran perbankan Islam tu hapa? Bukankah semua bank musti ada deposit kat Bank Negara? Mesti ikut BLR, Base Lending Rate... Itu ape kalau tak riba' tak kira le kalau bagi nama sedap ikut Islam siap buat aqad...

Itu le, kita ni dah darurat sangat... Banyak benda terpaksa dihalalkan kerana kita dah TERCENGKAM dalam sistem Zionis...

Habis tu takkan nak suruh keluar duduk hutan tinggalkan semuanya jadi cam aku, bodoh, ketinggalan zaman... Dah nak jadik Melayu purba plak? Tak ke bodoh namanya tu? Itu le... Bukan senang nak selamat daripada fitnah Dajjal ni, apalagi le nak atur barisan perang lawan depa semua..

url : http://merahsilu.blogspot.com/2006/12/perang-akhir-zaman-2

No comments: