Tuesday, July 24, 2007

Imam Mahdi Dan Senario Sejagat

OLEH: AZZAMEEN

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN SELAIN DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MEMESANKAN SATU SAMA LAIN DENGAN KEBENARAN SERTA MEMESANKAN SATUSAMA LAIN DENGAN KESABARAN
- AL QURAN SURAH AL ‘ASHR 1-3

PROLOG

Negara baru akan parah pada tahun 19 dan 97,Penduduk meratap belas kasihan dan maut berterusan,Bahang musim panas dan taufan mengganas di bulan September,Penduduk tidak dapat lari dan puluhan ribu akan mati.- Michael de Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566)

Firasat:
1. Dalam tahun 1997; Asean, di antaranya yang meliputi Malaysia, Thailand dan Singapore sebagai negara-negara rantau Asia Tenggara bilamana Indonesia mengalami kegawatan ekonomi paling teruk dan kacau bilau yang menumbangkan regim Suharto pada awal tahun 1998.
2. Penduduk negara dunia ketiga dan membangun meratap belas kasihan lantaran kemarau yang diakibatkan oleh fenomena El Nino di bahagianAsia Timur dan Asia Selatan manakala La Nina mengganas di bahagian Amerika Latin.
3. Bencana El Nino bermula seawal tahun 1997 dengan kemuncaknya di bulan September 1997 apabila kemarau hebat melanda Indonesia dan jugaMalaysia termasuk negara-negera rantau Asia Tenggara. Krisis air juga berlaku di banyak negara. Jerebu tebal pula meliputi keseluruhan AsiaTenggara dari Mac hingga Oktober 1997.
4. Bulan Ogos 1998, fenomena La Nina yang menyebabkan banjir besar melanda China, ribuan terkorban. Amerika Syarikat dilanda taufan Bonniepada 25 Ogos. Angka kematian pun terus bertambah!
5. Kematian pun berterusan bersilih ganti tanpa penghabisan!!

FENOMENA CAKERAWALA

Ribuan tahun dahulu apabila sesebuah komet yang menyerupai thi bintang melintasi langit, orang yang melihatnya akan menggigil ketakutan. Menurut mereka, sebuah bebola api yang turun dari langit itu menandakan kemarahan tuhan atau dewa-dewa mereka.

Ketika kedatangan agama Kristian pun, komet dianggap sebagai bad omen atau majal yang bererti petanda buruk. Misalnya pada tahun 1066, Raja Harold dari keturunan Saxon telah dikalahkan oleh William the Conqueror, Penakluk Normandy dari Perancis ketika peperangan Hasting dan England jatuh ke tangannya. Kemenangan William adalah sejurus selepas sebuah komet lalu di ruang angkasa negara itu dalam jarak yang paling hampir dengan bumi pada ketika itu. Komet itu adalah Halley yang dianggap sebagai majal bagi Raja Harold.

Sejarah kaum Aztec di Mexico juga ada mencatatkan kedatangan “butiran jagung yang menyala” iaitu sebuah komet pada tahun 1517 yang menjadi petanda kepada kejatuhan Montezuma II, Raja Aztec pada tahun 1520 sebaik saja penyerahan empayarnya kepada conquistadores(penjajah) Sepanyol, Hernan Cortes. Konon-kononnya kejatuhan diktator Ferdinand E. Marcos, pemerintah Filipina setelah memerintah selama dua puluh tahun juga bertepatan dengan kedatangan komet Halley dalam tahun 1986.

Sementara itu dalam tahun 1996 kedatangan Komet Hyakutake malahan pada tahun 1997 kedatangan Komet Hale-Bopp telah menjadi dua fenomena cakerawala sebagai petanda kegawatan ekonomi dan jerebu tebal di Asia Tenggara sambil menyaksikan tumbangnya presiden terlama yang memerintah Indonesia selama 32 tahun iaitu Suharto. Apakah semuanya kebetulanbelaka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Kita telah sedia membaca sejarah manusia bahawa komet bahkan beberapa jasad cakerawala lain memberi petanda kepada kejatuhan banyak tamadun (Crash of Civilization) yakni China, Babylon, Rom dan Parsi sebelumnya. Bolehkah dipercaya fakta sebegini sedangkan Rasulullah SAW telah berpesan bahawa kemangkatan puteranya Ibrahim bukanlah kerana gerhana matahari cincin pada hari Isnin, 27 Januari 632 Masehi bersamaan dengan 29 Syawal 10 Hijrah pada jam 9.45 pagi waktu tempatan Jazirah Arab. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Tidak dijadikan oleh-Nya sebarang petanda melainkan dengan hikmah-Nya jua. Apatah lagi jika kita menginsafi bahawa sesetengah petanda merupakan amaran Allah ke atas umat manusia.

Justeru, barangkali kedatangan komet bahkan gejala samawi bukanlah setakat sebagai lambang petunjuk terhadap kejahatan manusia tetapi juga rahmat bagi manusia yang beriman kepada-Nya! Manusia amat tidak mengetahui sesuatu peristiwa yang tersirat di sebalik suratan takdiryang direncanakan oleh Tuhan. Manusia hanya meramal walau ketentuan belum pasti kerana menjadi hak-Nya untuk menentukan sejarah manusia itu sendiri walaupun manusia diberikan ikhtiar dalam menjalani kehidupan sebagai bukannya mengharapkan takdir semata-mata.

Walaupun kedatangan komet-komet pada zaman moden ini tidak dianggap menakutkan sesiapa tetapi sindrom ketakutan itu masih ada bagi sebilangan kaum yang mempercayainya. Bagi peminat astronomi, senarionya berlainan kerana mereka mengkaguminya dan menganggap sebagai salah satu dari sekian banyak fenomena cakerawala yang patut diambil tahu dan diselidiki. Sekarang kita melihat banyak faktor lain yang menyebabkan beberapa kuasa besar yang cuba mendominasi dunia mengambil iktibar dari gejala samawi atau dalam kata lain yang lebih tepat ialah bagaimana menggunakan kuasa alam semesta atau “Kuasa Kosmos”.

Kenapakah tarikh 20 Mac 2003 dipilih oleh Pentagon untuk mengisytiharkan perang ke atas Iraq? Cuba lihat fakta ini:

Lokasi: Washington DC lat.: 38d53'52" Utara long.: 77d02'13" Barat
#Pada jam 4:35 am EST (US) atau 9:35:30 UT atau 5:35 pm Malaysia Standard Time
Planet Marikh berada 19 darjah 00 minit 19 saat di azimuth 144 darjah 52 minit 02 saat. Serangan telah dilancarkan tepat pada jam 5.35 pm waktu Malaysia. Sudut Planet Marikh berada 19 darjah adalah saat pelancaran peluru berpandu ke atas Iraq bermula. Kenapa 19 darjah? Sebabnya mudah, geometri Washington DC adalah 19 darjah sebagai lambang Zionis dansebagai syarat mutlak kemenangan ke atas Iraq!! Itulah waktu kuasa kosmos yang sangat dipercayai oleh golongan Yahudi / Zionis Amerika dan Israel.

Bukan satu rahsia lagi bahawa permainan justifikasi 'kuasa kosmos' telah digunakan oleh kuasa besar untuk mencapai wawasannya ke atas Negara lain tanpa sebarang rasa sedar oleh kebanyakan umat Islam sedangkan bangsa Yahudi sangat mempercayainya dan sentiasa mencuba dalam segala perkara untuk membuktikan kekuatan kuasa kosmos ini.

Peristiwa bersegarisnya Musytari, Marikh dan planet-planet lain walaupun dikatakan tidak menyusuli apa-apa kejadian luar biasa, yang tidak pun pula menawarkan spekulasi baru tentang ijtimak (conjunction of planets) bagi matahari, bulan dan lima planet-planet dalam konstelasi Aries sepertimana yang telahpun berlaku pada 5 Mei 2000 lalu, akan tetapi para pengkaji barat (westerners) tetap juga berasa takut kalau-kalau tanda-tanda kelangitan sebegitu (bersegarisnya planet-planet itu) adalah bersusur-galur dari konjungsi planetari dalam buruj Aquarius dalamtahun 24 Mac 1345 yang diikuti dengan wabak maut (Black Death) yang membunuh sepertiga dari populasi Eropah pada waktu itu! Adakah wabak yang pembunuh iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome: Sindrom Pernafasan Yang Teruk) yang melanda dunia (China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Kanada) pada tahun 2003 ini adakah juga boleh dihubungkaitkan dengan ijtimak planet-planet suria 5 Mei 2000 pada tiga tahun yang lalu itu?

Tidak lama lagi iaitu pada tanggal 27 Ogos 2003 akan berlaku perihelia planet Marikh yang termasyhor dalam sejarah umat manusia. Apa tidaknya, perihelia ini belum lagi pernah berlaku dalam ribu-ribuan tahun lampau semenjak kewujudan tamadun manusia lagi! Apakah yang akanditunjukkan oleh fenomena perhelia Marikh 2003 ini? Telah tersebar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa peristiwa gerhana matahari 25 Oktober 2003 dan gerhana bulan 9 November 2003 sempena awal dan pertengahan Ramadhan 1424 yang mana kedua-duanya dapat dilihat di Mekah adalah petanda kepada ketibaan Imam Mahdi Muntazar (Yang Di Tunggu-tunggu). Semuanya merupakan kebarangkalian yang tidak diketahui benar atau tidak walaupun telah sekian lama umat Islam mempunyai anggapan yang demikian tetapi Imam yang diharap tidak pernah kunjung jelma. Apa pun, tahun 2003 adalah tahun yang besar bagi gejala falak untuk para peminat falak seantero dunia dari barat hingga ke timur yang seakan-akan tidak sabar menantinya.

IMAM MAHDI

Saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar berkenaan Imam Mahdi di sini tetapi saya syorkan supaya anda semua membeli sahaja buku mengenainya yang banyak terdapat di pasaran. Salah satu buku yang saya syorkan ialah bertajuk ‘Siapa Imam Mahdi’ keluaran Pustaka Nasional Singapura yang beberapa petikan pentingnya yang sempat saya ingat, saya catatkan di bawah ini:

“Imam Mahdi akan memerintah sama ada 20 atau 30 atau 40 tahun” (jumhur ulama dan penafsir hadis mengambil yang tengah iaitu 30 tahun memandangkan jangkamasa ini dianggap sebagai lama masa ia memerintah sedangkan 40 tahun lama masa ia hidup dan 20 tahun pertamamerupakan kemuncak umurnya.) “Imam Mahdi akan muncul sewaktu ia berusia 26 tahun. Beliau akan belayar dan apabila tiba di Mekah, beliau akan tawaf di Kaabah. Ketika inilah orang ramai akan mengesyaki beliau tetapi beliau tidak akan mengaku lantas terdengarlah seruan malaikat dari langit: “Itulah dia Al Mahdi,ikutilah dia”. Lantas sesiapa yang berdiri akan terduduk dan yang berbaring akan bangun dari tidurnya. Ia mendapat petunjuk dari Allah dalam satu malam. Sesudah itu Al Mahdi akan menghantar dua orang utusan kepada Raja Mekah (As Sa’ud?) tetapi mereka kemudian dibunuh, lalu Al Mahdi mengisytiharkan perang terhadap Raja Mekah.”

Apa pula kata Nostradamus? Kebanyakan kata-kata Nostradamus terkumpul dalam sejumlah quatrain (atau lembaran-lembaran) yang diberikan nama sebagai “Centuries”. Terdapat banyak ramalan-ramalannya yang terkenal termasuklah ramalan kedatangan Hitler yang disebut Hister,kematian dan kejatuhan sistem beraja Perancis, perubahan taqwim Julian ke Gregorian (baca kembali artikel saya berkenaan ini dalam falak-net yahoogroups terdahulu) dan banyak lagi termasuk ramalan Perang Dunia I dan II dengan cukup tepat! Saya bukannya hendak mensyorkan sesiapa saja supaya mempercayai tukang tilik ini yang hidup di abad ke-16 itu tetapi ada beberapa kutipan keterangan darinya yang hendak saya ketengahkan merujuk kepada hadis Nabi SAW. Ramalan Nostradamus merupakan fakta sokongan sahaja.

Sedar atau tidak bahawa serangan Amerika ke atas Iraq memang terdapat dalam ramalan Nostradamus. Ia berbunyi begini:
The army of the sea will stand before the city,
then depart,Without making a long passage.
A great prey of citizens will be taken on land,
The fleet returns to seize, great robbery.

Sangat semakna dengan pendaratan tentera marin Amerika di Basra, Iraq yang tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menawan Iraq.Ramai rakyat Iraq menjadi pelarian manakala setengahnya bertahan tetapi marin US tidak menunggu lama untuk menawan Baghdad (The fleets returns to seize). Frasa akhir “…great robbery” cukup tepat apabila berlaku rompakan besar-besaran di sekitar Baghdad bukan setakat oleh tentera Amerika bahkan oleh rakyat Iraq sendiri!!

Serangan Amerika ke atas Iraq adalah pada hari Khamis dan George Bush telah isytiharkan perang tanpa mandat PBB dengan hanya sedikit sahaja sahabat Eropahnya yang ikut serta:- The earth and air will freeze so much water when they come to worship on Thursdays,
He who will come will never be as fair as the few partners who come to honor him.

Namun, serangan Amerika dan Britain ke atas Iraq yang diramalkan menurut Nostradamus adalah:
The King of Europe (Blair) will come like a griffon accompanied by those of the North (Bush),
He will lead a great troop of red and white (US+Britain and Australia),
They will march against the King of Babylon (Saddam).

Apa pun serangan Amerika ke atas Iraq bertitik-tolak dari peristiwa WTC pada 11 September 2001:-
The Year 1999, seventh month, (tafsiran yang tepat ialah September 2001!) *
From the sky will come a great King of Terror, (pesawat dari udara merempuh WTC dan Bush ataupun Sharon sebagai Raja Ganas!)
To bring back to life the great King of the Mongols,
(adakah berkaitan dengan kuasa Korea Utara?)
Before and after MARS to reign by a good luck. *

Satu masa dulu ada saya kisahkan dalam artikel berkenaan tarikh masehi iaitu masalah dalam kalendar Julian dan Gregorian dan ada kaitandengan Nostradamus yang mengatakan bahawa kalendar Gregorian adalah ubahsuaian yang terlalu menuruti kehendak suatu golongan yang cuba mempersesuaikan apa yang sukar dipersesuaikan. Sila baca kembali artikel saya ini: Kalendar Julian dan Gregorian pada mesej 508 di : http://groups.yahoo.com/group/falak-net/message/508 Planet Marikh akan muncul dengan saat kegembiraan bagi manusia? Apakah kemunculan planet Marikh 2003 adalah bukti besar bagi kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Tidak diketahui lagi benar atau tidak kerana hanya masa akan menentukan.

Ramalan Nostradamus yang lain ialah:-
The King enters Europe wearing the blue turban,
He will reign for less than a revolution of Saturn,
The King with the white turban,
His heart banished to Byzantium,Sun, Mars and Mercury near Aquarius.

Perenggan di atas menyebut fasal dua orang Raja tetapi kedua-duanya memakai serban (turban)! Tentu saja perilaku orang yang memakai serban itu sama ada beragama Islam atau Sikh. Biarkan kita pilih saja sebagai orang Islam bersesuaian dengan keadaan sekarang di mana umat Islamsering dilabelkan sebagai pengganas yang berserban dan berjubah sepertimana perilaku Osama bin Laden. Bagaimanakah kita hendak membuat tanggapan siapakah dua watak raja tadi?

Jikalau umat Islam sering mengatakan bahawa di akhir zaman akan muncul dua orang pembela iaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa, bahkan Nostradamus sendiri turut meramalkan dua orang raja yang masing-masing berserban biru dan putih! Ini tidak menghairankan apabila kita melihat kembali sejarah kedatangan Nabi Muhammad SAW yang pernah diramalkan oleh tukang-tukang tilik Yahudi dan Nasrani sebelumnya. Kembali kepada persoalan tempoh lama masa Imam Mahdi memerintah. Nostradamus menyebut lebih kurang satu revolusi planet Zuhal. Revolusi atau pusingan planet Zuhal mengelilingi matahari memakan masa selama 29 tahun 154 hari 18 jam 26 minit 48.80947212 saat. Tentu saja fakta ini sangat hampir kepada pendapat jumhur ulama berdasarkan hadis iaitu selama 30 tahun. Jadi, Imam Mahdi tentu sahaja merupakan seorang raja yang dikatakan memakai serban biru! Satu persoalan lagi ialah kenapa ‘Raja Berserban Putih’ hatinya condong atau ‘rasa terbuang’ keByzantium iaitu di Rom?

Ayat berikut:-
Near Sorbia to assail Hungary,
The herald of Brudes will come to warn them,
Byzantine chief, Salona of Slavonia,
He will come to convert them to the law of the Arabs.

Apakah Sorbia itu Serbia? Ketua Byzantium @ Byzantine bernama Salona, seorang bangsa Slav. Siapakah ‘He’ yang dimaksudkan? Jika He bermaksud ‘Raja Berserban Putih’, adakah beliau ‘He’ itu ialah Nabi Isa Alaihissalam yang akan menukarkan undang-undang gereja Byzantium kepada Islam (Arab)?

The city of seven will destroy,
And the stren judge will judge his people,
After the see has been held 17 years,
We shall see change within the same period of time.

Frasa ini adalah sedikit menarik apabila kita faham bahawa ‘city of seven’ sememangnya bandar Vatican di Rom manakala tempoh 17 tahun adalah tampuk kuasa Pope John Paul II yang dilantik pada tahun 1978 hingga 1995 iaitu satu tempoh peralihan tetapi Nostradamus menyatakandalam tempoh yang sama juga iaitu dari 1995 hingga 2012, akan berlaku perubahan. Tidak diketahui oleh kita perubahan yang bagaimana.Adakah Pope akan memeluk agama Islam? Atau?

Sabda Nabi SAW: “Nabi Isa akan turun di menara putih di Damsyiq dengan tangannya menekan ke atas bahu kedua malaikat.” Menara putih yang dimaksudkan itu tidak asing lagi memang pernah diperkatakan oleh ramai umat Islam sebagai Masjid Bani Umaiyah yang berwarna putih diDamsyiq, Syams, Syria kerana bangunan itulah sahaja mempunyai menara berwarna putih. Halaman depan masjid ini mempunyai kapal terbang berwarna merah jenis lama yang diletakkan di situ.

Sabda Nabi SAW lagi: “Jika kamu semua telah menakluk Rom, masukilah ke gereja sebelah timur melalui pintu sebelah timur, lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang ke-8 sebab di bawahnya terdapat tongkat Musa, injil dan perhiasan Baitul Muqaddis.” Tidak susah difahami kenapa hati Nabi Isa “banished to Byzantium”, rupa-rupanya ada pusaka umat Islam yang tertinggal di situ. Maksud gereja sebelah timur ialah St. Peter’s Basilica di Medan St. Peter yang memang benar-benar berada di bahagian sebelah timur jika anda melihat peta kedudukan Vatican City. Gereja ini memang mempunyai banyak pintu di bahagian hadapan dan tepinya. Sesetengah dari kita ada yang biasa mendengar cerita seorang paderi di gereja St. Peter yang memeluk agama Islam setelah dia turun ke sebuah kolam yang terdapat di bawah tanah di gereja itu kerana di situlah terletaknya kitab injil Nabi Isa yang asal.

Sekarang kita dapat memahami bahawa apabila Imam Mahdi muncul, beliau harus menunggu kedatangan Nabi Isa untuk sama-sama memasuki Rom. Kemudian itu barulah kedua-duanya akan menuju Baitul Maqdis untuk memerangi Dajjal setelah mendapatkan segala pusaka umat Islam diVatican. Ingin diingatkan bahawa ‘bangsa Israel’ sekarang bukanlah suku yang sama-sama menyeberangi Laut Merah bersama-sama Nabi Musa ribuan tahun dahulu tetapi adalah suku ke-13 yang berasal dari suku Khazar yang terkenal dengan Barbaric di bahagian utara Kaukasia. Jadi, ‘bangsaIsrael’ ini mengaku mereka keturunan Yahudi zaman Nabi Musa adalah satu pembohongan yang amat besar.

Baiklah, bilakah masanya “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.” Akan berlaku? Jika anda dapat menggunakan apa jua perisian astronomi yang ada, seperti Lodestar dan Starry Night, cuba setkan tarikh ini: 24 Februari 2013, hari Ahad bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1434. Benar, pada hari inilah Matahari, Marikh dan Utarid benar-benar tepat berkulminasi di Buruj Aquarius. Jadi, tepatlah kata Nostradamus bahawa dalam tempoh 17 tahun semenjak 1995 iaitu pada tahun 2012 akan berlaku satu arus atau angin perubahan di Rom. Benar atau tidak, tidaklah dapat dipastikan kerana kesemua perancangan Allah Ta’ala telah tercatat dalam Lauhil Mahfuzh semenajak Dia mencipta langit dan bumi. Apa pun manusia hanya mampu meramal.

MUJADDID

Perkataan mujaddid bererti pembaharu agama atau pejuang agama sesuai dengan lafaz dari hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah akan memberikan umat ini (Islam) yakni diperbaharui pimpinan agamanya pada setiap seratus tahun oleh seorang pembaharu agama akan agamanya.”(Innallaha ya’asu lihazihil ummati ‘ala roksi kulli mi’ati sanatin maiyujadidu laha dinaha).

Bagaimanakah kita akan menentukan adakah benar atau tidak bahawa pada setiap seratus tahun sekali akan ada pemimpin besar Islam yang akan dilahirkan? Mari kita lihat fakta ini. Sepanjang sejarah Islam kita sedia mendengar tokoh-tokoh Islam kurun lampau, akan tetapi pada kurunke-19 memang lahir ramai cendekiawan Islam pada penghujung kurun itu. Contohnya Badi’uzzaman Sa’id An Nursiy dari Turki (1873), Imam Ahmad Asy Syarif As Sanusi dari Libya (1873) bahkan Syeikh Muhammad Abduh dari Mesir yang lahir pada tahun 1849 juga antara mujaddid yang rata-rata hidup dalam lingkungan antara 1850-an hingga 1880-an. Begitulah juga seratus tahun selepas mereka. Dijangka tentu ada mujaddid kolektif seperti ini bagi tahun 1950-an hingga 1980-an.

Jika Imam Mahdi dilahirkan seratus tahun selepas mujaddid kolektif tadi, apakah pada tahun 1970-an? Jika mengikut ramalan Nostradamus bahawa akan datang seorang Raja Penakluk (Great King of The Mongols) pada tahun 1999, manakala Bush mungkin boleh saja digelar Great Kingof Terror, apakah Imam Mahdi memang telahpun ada pada ketika ini? Imam Mahdi bukanlah turun dari langit tetapi merupakan seorang insane biasa juga yang diberikan hidayat oleh Allah dalam satu malam. Jika Imam Mahdi dikatakan akan mula muncul ketika berusia 26 tahun pada tahun 1999 itu, adakah beliau lahir pada tahun 1973?

Jika Imam Mahadi dikatakan belayar hingga ke Mekah, kerana apakah beliau melakukan hal sebegini? Kenapa tidak dengan cara pengangkutan darat dan udara? Sekarang kita nampak satu hakikat bahawa kebanyakan negara di Timur Tengah seperti Iraq, Iran dan Libya selain dikenakan sekatan ekonomi, Iraq dan Libya dikenakan juga zon larangan udara. Apakah ada perkaitan rapat di antara sekatan penerbangan udara dengan pelayaran di laut relevan terhadap corak perjalanan Imam Mahdi?

TARIKH-TARIKH HIJRAH

Apakah faktor-faktor yang terdapat pada diri Imam Mahdi? Sabda Rasulullah SAW:“Kami ahlul bait dipilih oleh Allah lebih dari dunia. Kami umpama sebuah rumah dan Mahdi adalah umpama bata yang menutupi sebuah lubang pada dinding.” “Mahdi adalah penamat para wali”.

Penamat para wali tak bermaksud penamat para pejuang Islam – penulis.

Beberapa perkara yang selalu dirujuk selain terhadap fizikal Imam Mahdi yang mirip Rasulullah ialah berkenaan:
1. Namanya Muhammad bin Abdullah (serupa nama Nabi SAW)
2. Keturunan Bani Hashim, dikatakan ibunya nasab ke Hassan, cucu Rasulullah manakala sebelah bapanya nasab ke Hussain, juga cucu Rasulullah.

Cuma satu perkara yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita tentang tarikh lahirnya adakah juga sama dengan tarikh lahir Nabi Muhammad SAW? Maka, saya telah dengan sedaya upaya cuba mencari sesuatu berhubung ayat yang menyebut kemunculan mujaddid setiap seratus tahun sekali.Maka, itulah juga tujuan saya untuk cuba mencari sesuatu berdasarkan perhitungan sains kalendar sama ada terdapat kesamaan hari yang wujud di antara tarikh Hijrah dengan tarikh Masehi bagi setiap seratus tahun khususnya dan dalam tempoh 1400 tahun hijrah. Pertama sekali kitamulakan dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Secara ringkas dan mudah apa yang ingin saya nyatakan dari jadual di bawah ialah dalam tempoh 1400 tahun hijrah atau bersamaan dengan 1443 tahun masehi, hanya dua kali sahaja yang terdapat tarikh yang hampir sama dengan tarikh ASAL, 10 Rabiul Awal –52 Hijrah bersamaan 20 April571 Masehi, hari Isnin iaitu 11 Rabiul Awal 1392 = 24 April 1972 dan 13 Rabiul Awal 1393 = 16 April 1973!

Jika Imam Mahdi muncul pada ketika hari wukuf di Arafah pada tahun hadapan 2004/1425 yang akan jatuh pada hari Jumaat (hampir Haji Akbar), maka usianya mungkin 30 ataupun 31 tahun. Tentu ada yang bertanya kenapa tarikh lahir Nabi SAW 10 Rabiul Awal, tidak 12 sepertimanayang selalu diraikan oleh umat Islam saban tahun. Sebenarnya terdapat banyak perselisihan namun saya memilih 10 haribulan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Pada tahun 2005, tarikh 20 April adalah jatuh pada 10 Rabiul Awal 1426, tetapi pada hari Rabu yakni satu lagi tarikh yang hampir berpadanan dengan tarikh ASAL kelahiran Nabi SAW!! Apa yang menarik ialah pada tahun 2004, tarikh lahir saya sendiri akan jatuh pada hari Sabtu, 11 Rabiul Awal 1425.

EPILOG

Berkenaan dengan kemunculan Nabi Isa pada tahun 24 Februari 2013 iaitu pada ketika “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.”, mari kita tinjau sedikit kalendar kaum Maya di Mexico. Kalendar kaum Maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar ‘kodex’ oleh jururamal atau Shamans. Dua kodex yang terkenal ialah kodex Tro Cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa mereka. Kalendar Mayamemang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa. Kejatuhan bangsa Maya sendiri juga diramalkan dengan tepat sekali menurut kodex mereka.

Kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabtun.

Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari.
19 kin @ 19 hari bersamaan 1 uinal.
359 hari = 1 tun.
7,200 hari = 1 katun.
144,002 hari = 1 baktun.
1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian).
2,880,025 hari = 1 piktun, dan
57,600,025 hari =1 kalabtun.

Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan. Bangsa Maya merasmikan kalendar mereka bermula dari tarikh 20 September 3113 Sebelum Masehi yang digelar sebagai “Era Maya”.

Tahukah anda bahawa kaum Maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch Kejadian adalah satu hari di mana “alam ini diperbaharui” yang antara lain bermaksud satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa manusia. Sama ada percaya atau tidak tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan –tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya. Bukti-buktinya memang telah lama termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap tamadun dunia yang lain. Kaum Maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu saat majal atau kecelakaan (bad omen) yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliacle rising of the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.

Satu Epoch Kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun Maya bermula dari 20 September 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh 23 Disember 2012 M Gregorian! Sedangkan menurut perhitungan astronomi bahawasanya kedudukan “Sun, Mars and Mercury near Aquarius” memang disahkan telahpun bermula pada 23 Disember 2012 lagi dan mencapai saat kemuncaknya berembang pada 24 Februari 2013. Jadi, fahamlah kita bahawa jika tarikh itu telah diramalkan oleh kaum Maya sebagai satu era akhir zaman, maka kedatangan Nabi Isa pada tarikh itu mungkin memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada hujung Mei lalu, Duta Syria ke Malaysia telahpun memberi isyarat yang jelas bahawa Amerika berhasrat untuk menyerang Mekah pada tahun 2014! Bukan satu rahsia lagi jika anda menonton episod terakhir siri X-Files bahawa agen Mulder telah mengetahui bahawa pada tahun 2014 ‘alien’ akan menyerang dunia. Tidak lain dan tidak bukan sama ada itulah petanda tahun peperangan mutlak Nabi Isa dengan Dajjal yang menaungi bangsa Yahudi dan Zionis Amerika dalam kurun ini setelah Amerika diasaskan semenjak pada tahun 1776 dan Israel pula pada tahun1947!

Satu lagi, jika anda pernah bermain permainan komputer ‘Ghost Recon’, 'Ghost Recon: Desert Siege' dan 'Ghost Recon: Island Thunder', anda tentu akan dapat membaca secara langsung niat jahat Amerika untuk menakluk seluruh dunia siap dengan tarikh-tarikh perancangannya sekali (dari tahun 2006 hingga tahun 2013!) dan juga semua lokasi simulasi peperangan bermula dari Tbilisi di Georgia, Red Square (Moscow), Ethiopia hinggalah ke Cuba di mana Fidel Castro mati pada tahun 2009 sewaktu anda memegang watak sebagai askar Amerika dalam permainan itu!!! Ada satu lagi game komputer iaitu America's Army: Operation Recon. Kesemuanya mempunyai pertalian yang langsung antara sesamanya, cuma sama ada umat Islam tidak menyedari atau cuai untuk mengambil perhatian berat terhadap masalah ini. Apa pun umatIslam tidak dapat berbuat apa-apa!

Apakah kesemua persoalan yang telah saya kemukakan adalah satu teka-teki tidaklah saya sendiri dapat pastikan kerana semua itu adalah dalam kekuasaan Allah Ta’ala dan kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja. Kejahatan Amerika sentiasa menjadi-menjadi, tanda-tanda konflik dengan Islam bukan rahsia lagi bermula dengan pengeboman menggunakan peluru berpandu Tomahawk ke atas Sudan, Afghanistan dan Pakistan pada 21 Ogos 1998 hinggalah ke episod-episod yang lebih terkini pada awal tahun 2002 dan juga 2003 ke atas Aghanistan dan Iraq. Di manakah kekuatan umat Islam sekarang? Bangsa Arab telahpun lemah. Perkelahian sesama saudara muslim telah menjadi lumrah dan berakar umbi dari bangsa Arab hinggalah ke rantau sebelah dunia Melayu. Tampak seperti tidak ada surutnya. Musuh sedang menunggu di air keruh dan menanti masa yang sesuai sahaja menurut 'kuasa kosmos' yang telah mereka rancangkan. Namun kebatilan pasti akan dimusnahkan oleh cahaya kebenaran. Allah bersama umat Islam. Allah-lah Yang Menguasai Hari Pembalasan!

Hanya kepada Allah kita akan kembali. Wallahua’lam bil ghaib.

url : http://h.1asphost.com/jenggot/Science%20&%20Future.htm

url : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=60895&extra=page%3D24&page=1 (2003)

url : http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Mahdi

1 comment:

Anonymous said...

Imam Mahdi keturunan Sayyidina Hasan dari belah ayahnya. Dia Hasani wal Husaini. Orang Shi'ah yang kata dia keturunan Husaini wal Hasani. Dia dari golongan 'Ajam (bukan Arab)dan akan muncul dari bumi Timur. Dia bertariqat Naqshbandi. Kalau nak cakap, biarlah yang benar...